Rekabentuk dan pembinaan JS Izumo

JS Izumo (DDH-183)

Pembinaan kapal pertama bermula pada tahun 2011 di limbungan IHI Marine United, Yokohama,[3] dengan dana berjumlah 113.9 bilion yen ($1.5 bilion) telah disediakan dalam tahun kewangan 2010. Kapal pemusnah kelas ini asalnya bertujuan untuk mengantikan dua buah kelas-Shirane, yang mana asalnya dijadualkan untuk mula dilucut tauliah pada tahun 2014.[4]

Kapal ini merupakan kapal tentera laut Jepun terbesar selepas Perang Dunia II, telah dibaringkan pada 27 Januari 2012 dan penamaan kapal dilakukan pada 6 Ogos 2013.[5][6] Kapal ini melakukan ujian laut bermula pada 29 September 2014.[7] dan ditauliahkan pada 25 Mac 2015.[8] Izumo terlibat dalam latihan bencana penting pada bulan Ogos 2015 yang dilakukan di Tokyo, bersama-sama kapal peronda Pengawal Pantai Jepun, Izu. Kedua-dua kapal ini bertindak sebagai stesen penerimaan mangsa semasa latihan.[9]

Pertahanan udara

Kapal ini dilengkapi dengan 3 unit Phalanx CIWS dan 2 unit SeaRAM untuk tujuan mempertahankan diri.[1]

Rujukan

WikiPedia: JS Izumo http://www.aviationtoday.com/categories/military/J... http://www.foxnews.com/world/2013/08/06/japan-unve... http://www.janes.com/article/43775/japan-puts-heli... http://www.jeffhead.com/worldwideaircraftcarriers/... http://the-japan-news.com/news/article/0002394804 http://www.ihi.co.jp/ihi/press/2011/2012-1-27/inde... http://www.nikkan.co.jp/news/nkx0120110401agbx.htm... http://release.nikkei.co.jp/detail.cfm?relID=27823... http://www.mod.go.jp/j/approach/hyouka/seisaku/res... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:JS_Izu...